top of page

BTA 2025 CATAT SEJARAH MALAYSIA 

  • Writer: W a r n a
    W a r n a
  • Jul 24
  • 2 min read

contributed by: Soleh, PBF.

KEKAYAAN BIODIVERSITI PULAU BANDING

GERIK, 20 Julai 2025 – Pulau Banding Foundation (PBF) dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan - Tropical Rainforest Research Centre (TRaCe) menganjurkan Banding Trail Adventure (BTA) 2025, sebuah program ekspedisi biodiversiti yang telah berlangsung dari 18 hingga 20 Julai 2025 di Banding Trail, yang terletak dalam kawasan Hutan Hujan Pulau Banding, Gerik, Perak. Program ini merupakan satu inisiatif penyelidikan, pendidikan dan kesedaran yang dirangka khusus untuk melibatkan institusi pengajian tinggi, institusi penyelidikan, pakar dan sukarelawan dalam usaha meneroka dan mendokumentasi khazanah biodiversiti di antara hutan tropika tertua dan paling unik di Malaysia. Sepanjang ekspedisi ini, para peserta telah menjalankan aktiviti pensampelan dan identifikasi pelbagai spesies daripada alam biologi seperti plantae, animalia, fungi dan protista secara sistematik dan terkawal melalui pendekatan saintifik berteraskan penyelidikan lapangan.

ree

 

BTA 2025 menyasarkan pencapaian penting dalam sejarah pemuliharaan negara apabila telah berjaya mencipta rekod kebangsaan menerusi pengiktirafan "Bilangan Spesies Biodiversiti terbanyak dikenal pasti dalam sesuatu program" oleh Malaysia Book of Records (MBR). Para peserta BTA 2025 bekerjasama dalam pasukan untuk mengenal pasti dan merekodkan setiap spesies yang ditemui seperti spesis flora, spesis fauna (daratan dan air) dan spesis kulat di sepanjang laluan Banding Trail dan Tasik Temengor, Pulau Banding. Mereka telah berjaya mengenal pasti dan mendokumentasikan 519 spesies biodiversiti daripada sasaran awal sebanyak 400 spesies dalam masa yang singkat.

ree

   

Data-data ini membentuk satu senarai semak biodiversiti atau ‘Species Checlikst’ di Pulau Banding dan menyumbang kepada pangkalan data biodiversiti Malaysia. Pendekatan ini membolehkan kita mendalami, mengenal pasti dan memantau spesis-spesis terancam sambil membina kesedaran serta komitmen terhadap pemuliharaan alam seki-tar. Menariknya, BTA 2025 telah merekodkan penemuan-penemuan yang unik dan baharu. Antaranya, Dipterocarpus grandifloras (Keruing Belimbing) spesies terancam atau Endangered (EN) di dalam International Union For Conservation of Nature (IUCN) Red List. Rekod baharu seperti Vativa Lowii (Resak Bukit) dan Vatica Pauciflora (Resak Larut) spesies terdedah atau Vulnerable (VU) yang kebiasaannya ditemui di kawasan pesisir pantai, namun ditemui di Hutan Tropika Pulau Banding pada aras 380 dari paras laut.


ree

  

Program ini turut mendapat kerjasama kukuh daripada pelbagai institusi dan agensi yang berperanan penting dalam menjayakan usaha pemuliharaan nasional. Antara rakan kolaborasi yang terlibat ialah Yayasan EMKAY, Belum Rainforest Resort (BRR), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Malaya (UM), Belum Forest Friends (BFF), Exotic Animal Teaching Laboratory (EXOTEL), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak, Jabatan Perhutanan Negeri Perak, Perbadanan Taman Negeri Perak, kelab pelajar Tropical Rainforest Research & Conservation Explorers (TREX) serta Kelab Rekreasi EMKAY.   

Dengan penglibatan pelbagai pihak dan semangat kesukarelawanan yang tinggi, Banding Trail Adventure (BTA) 2025 menjadi satu pengalaman transformatif yang menyatukan komuniti saintifik, masyarakat umum dan pencinta alam dalam satu usaha bersepadu melindungi khazanah alam semulajadi negara.

 

BTA 2025 telah ditutup dengan rasminya oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan EMKAY, YBhg, Dato' Hjh. Fazwinna Tan Sri Mustapha Kamal dengan kredit ucapan Tahniah diberikan kepada pihak Penganjur dan beliau mengingatkan para hadirin bahawa hutan yang menaungi seluruh Pulau Banding dan Belum Rainforest Resort bukanlah sekadar sebuah destinasi, ia adalah satu AMANAH yang perlu dijaga dan dikaji kepelbagaian flora dan faunanya demi kebaikan sejagat. -end

1 Comment

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
sam.kamar
sam.kamar
Jul 25
Rated 5 out of 5 stars.

Thumbs up to the volunteers.

Like
bottom of page