top of page

Sumbangan Ramadan EMKAY Group di Bandar Seri Putra

  • Writer: Muhammad Nazmi Bin Mohammad Saad
    Muhammad Nazmi Bin Mohammad Saad
  • Apr 6
  • 1 min read

Sepanjang bulan Ramadan, EMKAY Group telah melaksanakan pelbagai inisiatif kebajikan dan aktiviti kemasyarakatan di sekitar Bandar Seri Putra. Antara usaha yang dijalankan termasuk sumbangan kepada Surau Al-Hijrah BSP serta agihan bubur lambuk yang dimasak sendiri oleh YBhg. Dato’ kepada para guru di SK BSP, SMK BSP dan surau-surau berhampiran.

Selain itu, sumbangan turut merangkumi penyediaan juadah Iftar, Moreh dan Sahur kepada Masjid BSP, di samping agihan bubur lambuk oleh Tn. Hj. Ahmad Khalif melalui PIBG SRA Bandar Seri Putra kepada komuniti setempat seperti Klinik Kesihatan, sekolah agama, Balai Polis dan KUIS.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan EMKAY Group dalam menyemai nilai keprihatinan serta mengeratkan hubungan bersama komuniti setempat, khususnya sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini.


Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page