Santunan Syawal Kumpulan EMKAY 2026
- Muhammad Nazmi Bin Mohammad Saad
- 6 days ago
- 1 min read

Sambutan Santunan Syawal Kumpulan EMKAY 2026 telah berlangsung dengan penuh meriah di The Ayu Residences, Bandar Seri Putra, menghimpunkan lebih daripada 300 tetamu jemputan yang terdiri daripada para stakeholders dan pelanggan setia. Majlis ini bukan sahaja menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim selepas Ramadan, malah turut mencerminkan penghargaan EMKAY kepada semua pihak yang telah menyokong perjalanan dan perkembangan Kumpulan EMKAY. Dalam suasana yang santai dan penuh kemesraan, para tetamu berpeluang menikmati juadah Hari Raya, berinteraksi lebih dekat dengan pihak pengurusan, serta melihat sendiri perkembangan projek The Ayu Residences. Kehadiran yang memberangsangkan ini jelas menggambarkan keyakinan dan sokongan berterusan terhadap EMKAY, sekaligus mengukuhkan lagi hubungan yang dibina atas dasar kepercayaan, kerjasama dan nilai kebersamaan.
































































































































































































































































Comments