top of page

Program Umrah MKD 5, 2025.

  • Writer: Muhammad Nazmi Bin Mohammad Saad
    Muhammad Nazmi Bin Mohammad Saad
  • 4 days ago
  • 1 min read

Bukan mudah untuk "dijemput" AlHaq ke Baitullah. Walaupun cukup bekalan kewangan dan sihat segalanya, namun kalau DIA tidak mengizinkan, mungkin tiada rezeki untuk kita sertai program Umrah MKD 5, anjuran UstazLah Official bersama Agensi Haneen Travel Sdn Bhd. Seramai 33 Team members berserta dengan ahli keluarga mereka telah "dijemput" untuk program umrah yang pertama sekali di adakan setelah sekian lama program ini dihentikan buat seketika akibat Covid-19. Terima kasih buat YBhg Dato' Fazwinna Tan Sri Mustapha Kamal, Pengerusi Eksekutif Kumpulan EMKAY yang telah meluluskan proposal KRE (Kelab Rekreasi EMKAY) untuk menghidupkan semula program Umrah untuk Team members yang layak. Haji dan Hajjah telah bertolak ke Madinah Al Munawarah pada 22 Oktober dan kembali semula ke tanah air melalui Jeddah setelah selesai ibadah umrah di tanah haram, Mekah pada 3 November yang lepas. Sesungguhnya, pengalaman ini sungguh manis untuk dikenang, dan semoga Peserta MKD 5 ini dijemput lagi pada masa-masa akan datang. Syukur Alhamdulillah.

2 Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
Yayasan EMKAY
4 days ago

Alhamdulillah, jutaan terima kasih diucapkan kepada EGTM yang telah membantu 2 Jemaah Umrah Orang Asli dari Kg Sungai Tiang, Royal Belum.

Like

Guest
4 days ago
Rated 5 out of 5 stars.

Saya teringin nak pergi lagi dengan Team EMKAY. Jangan bosan dengan saya please...😀

Like
bottom of page