top of page

Mesyuarat Jawatankuasa Tetap (StandCo.) Perak

Writer: W a r n a
W a r n a
Nov 2
1 min read

MESYUARAT JAWATANKUASA TETAP (STANDCO) PELANCONGAN BIL. 1 TAHUN 2026

Mesyuarat Jawatankuasa Tetap (Standing Committee – STANDCO) Pelancongan Bil. 1 Tahun 2026 telah berlangsung pada 14 September 2026 di Belum Rainforest Resort, Gerik, dan dipengerusikan oleh YB Loh Sze Yee, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Negeri Perak.


Antara perkara utama yang dibincangkan termasuk Pelan Strategik Industri Pelancongan Negeri Perak Tahun 2026–2031, hala tuju serta inisiatif Memacu Pelancongan Perak bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) Negeri Perak, serta lanjutan dan inisiatif Tahun Melawat Malaysia 2026–2027 bersama Tourism Malaysia Wilayah Utara.

Mesyuarat ini turut menghimpunkan barisan ADUN Kerajaan, Pejabat Daerah dan Tanah serta Pihak Berkuasa Tempatan, sebagai platform untuk memperkukuh penyelarasan dan kerjasama antara agensi dalam merancang serta memperkasakan pembangunan industri pelancongan Negeri Perak. Pihak BRR mengucapkan jutaan terima kasih kerana telah memilih BRR bagi membincangkan pelan strategik pelancongan negeri perak. Apa jua yang terkurang, kami mohon ampun dan maaf. Semoga segala urusan dipermudahkan dan berjaya mencapai objektifnya.





Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page