top of page

Bila Warga BRR Turun ke Sungai!

Writer: W a r n a
W a r n a
Nov 2
1 min read

Selepas lebih 18 tahun beroperasi di Pulau Banding, Belum Rainforest Resort (BRR) akhirnya mencipta satu lagi kenangan baharu! Buat julung kalinya, pasukan BRR menyertai perlumbaan rakit sejauh 17KM sempena Fiesta Loma 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak. Daripada rutin harian melayani tetamu di resort, kali ini mereka turun ke sungai untuk menguji ketahanan fizikal, kerjasama dan semangat berpasukan. Penyertaan ini bukan sekadar mencuba nasib dalam pertandingan, tetapi juga mencerminkan sokongan BRR terhadap program komuniti setempat serta usaha memartabatkan warisan dan keunikan daerah Gerik.


Diketuai oleh Encik Zainuddin Abu Hassan, Pengurus Besar BRR, yang menggalas tanggungjawab sebagai Chef de Mission, pasukan ini menyahut cabaran dengan penuh semangat dan keazaman. Walaupun tidak membawa pulang sebarang kejuaraan, pengalaman yang diperoleh jauh lebih bermakna. Seperti kata Encik Zainuddin, “Kita tak menang, tapi kita menang kerana semangat berpasukan.” Ungkapan ringkas yang cukup menggambarkan semangat seluruh pasukan. Pesta Loma kali ini bertambah istimewa dengan keberangkatan DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar Ibni AlMarhum Raja Muda Musa yang berkenan mencemar duli bagi menyempurnakan majlis penutup. Tuanku telah di iringi oleh YB. Datuk Salbiah, ADUN Temengor.



2 Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
Saya
Nov 03
Rated 5 out of 5 stars.

Tahniah Team Members BRR.. You are awesome...!!!

Like

Guest
Nov 02
Rated 4 out of 5 stars.

BRR Awesome

Like
bottom of page