top of page

Majlis Iftar Jamaie EG dan KRE Bersama Rumah Bakti Al-Kausar Bangi di Bangunan MK, Cyberjaya

  • Writer: Muhammad Nazmi Bin Mohammad Saad
    Muhammad Nazmi Bin Mohammad Saad
  • Apr 6
  • 1 min read

Majlis Iftar Jamaie EG dan KRE (Kelab Rekreasi EMKAY) bersama Rumah Bakti Al-Kausar Bangi yang berlangsung di Bangunan MK, Cyberjaya diraikan dalam suasana penuh kasih sayang dan keberkatan. Kehadiran anak-anak yatim ini bukan sahaja memeriahkan majlis, malah memberi peluang bermakna kepada seluruh warga Kumpulan EMKAY untuk menyantuni mereka, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan yang mulia sebagai tanda kesyukuran atas nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT. Seperti yang sering dipesan oleh Pengerusi Eksekutif, semangat kesyukuran dan keprihatinan ini harus terus diamalkan sepanjang masa, bukan hanya di bulan Ramadan. Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh wakil Rumah Bakti Al-Kausar, diikuti dengan berbuka puasa bersama dan solat Maghrib berjemaah. Turut menceriakan majlis, Presiden KRE, Puan Aida Yuhana, menyampaikan cenderahati kepada anak-anak yatim yang hadir.



Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page