Doa Selamat Galeri Jualan Baru di BMK, Cyberjaya
- Muhammad Nazmi Bin Mohammad Saad
- Apr 6
- 1 min read
Sebagai tanda kesyukuran atas siapnya Galeri Jualan EMKAY yang baharu di BMK, Cyberjaya, satu majlis doa selamat telah diadakan dalam suasana penuh ketenangan dan kebersamaan. Majlis ini dipimpin oleh Tn Hj Fikri Aziz dan disertai oleh seluruh team members tanpa mengira latar belakang bangsa dan agama, mencerminkan semangat kekeluargaan yang sentiasa menjadi kekuatan kita. Turut hadir, Pengarah Eksekutif, Tn Hj Ahmad Khalif, yang bersama-sama menunaikan solat Zohor secara berjemaah, lebih bermakna memandangkan ia berlangsung dalam bulan Ramadan. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Mr Jayasangaran Dhanapal, turut menyempurnakan majlis dengan kata-kata semangat, khususnya kepada Team Sales, agar galeri jualan baharu ini menjadi titik permulaan kepada pencapaian jualan yang lebih memberangsangkan bagi tahun 2026.
































Comments