Jarang sikap kompetitif seperti ini dipamerkan dikalangan team members. Tiga Kumpulan besar dibahagi antara Syarikat dan nama-nama eksotik kereta performance menjadi taruhan untuk memimpin kejuaraan musim ke-3 Bowling EMKAY. Tuan Haji Ahmad Khalif, Pengarah Eksekutif Kumpulan sempat meluangkan masa untuk bersama team members di gelanggang bowling bagi merebut Piala Pusingan yang beliau taja.
Bertempat di IOI City-Mall, ketiga-tiga kumpulan ini bertarung dengan sorakan (cheers) masing-masing demi mengumpul mata. Ketua Kumpulan memastikan mereka menonjol sebagai satu pasukan sama ada dari sorakan ataupun skill mengumpul mata pin terbanyak. Ferrari - diketuai oleh Nazri Zakaria Mc Laren - ketua nya, Asnizam Masri Lamborghini - diketuai oleh Ariff Hassan
Mereka bertempur dengan bingit suara setiap pasukan dan kemenangan keseluruhan telah dijuarai oleh Kumpulan Mc Laren. Kumpulan Lamborghini walaupun memiliki kostum katak tidak mampu menandingi gendang bingit kumpulan Mc Laren. Yang baik dan sopan tentunya, Kumpulan Ferrari.
Apa pun, Tahniah kita ucapkan kepada KRE yang diketuai oleh Wana serta semua AJK KRE yang telah bertungkus-lumus menjayakan program Bowling to Perfection untuk sessi 2024. Tahniah dan Terima Kasih Daun Keladi juga diucapkan kepada Tuan Haji Ahmad Khalif yang telah menyumbang piala pusingan untuk semua team members bersaing lagi di tahun-tahun hadapan.
I like Captain Asnizam...Siap tidur dengan Piala Pusingan. Dah pulangkan ke Piala tu?