top of page

Tahlil Perdana

  • Writer: W a r n a
    W a r n a
  • Aug 15
  • 1 min read

Sekejapan masa berlalu. Ia beredar dalam tiap detik dan tiada noktah untuk berhenti. Yang telah dijemput pergi, kita tahu Allah lebih menyayangi mereka daripada kita. Baru-baru ini, pada 25 Julai 2025, besar tapak tangan nyiru kami tadahkan atas penganjuran majlis tahlil perdana bagi memperingati mereka yang telah mendahului kita. Khususan buat Allahyarham Tan Sri Mustapha Kamal dan ahli keluarga besar EMKAY, majlis dibuka dengan solat Maghrib berjemaah, diteruskan dengan bacaan Yassin, tahlil dan doa selamat. Manakala acara penutup, ditamatkan dengan solat Isyak berjemaah dan jamuan makan malam. Syukur Alhamdulillah atas nikmat kesihatan, nikmat kehidupan yang kita kecapi dan kita yang masih meneruskan kelangsungan ini, janganlah kedekut dengan rasa syukur yang harus kita panjatkan buat Allah SWT, kerana DIA lah yang mengatur dan menentukan segalanya.


Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page