Minnal Aidil Wal Fa'izin di BRR
- Muhammad Nazmi Bin Mohammad Saad
- Jun 11
- 1 min read
Walaupun sudah lebih sebulan berlalu, namun kalau diimbau kembali potret ahli keluarga besar kumpulan EMKAY, BRR terutamanya, tetap tidak dipinggirkan untuk sama-sama menyambut Hari Kebesaran ini. Kehadiran pihak Pengurusan yang mengiringi Pengerusi Eksekutif Kumpulan EMKAY, Dato' Fazwinna Tan Sri Mustapha Kamal, menjadikan majlis ini lebih bermakna. Antara pegawai dari HQ yang hadir adalah Ketua Pegawai Eksekutif, Mr. Jaya, En Rohan, Mr Chong, Mr Arasan, Mr. Rayyan, Ms. Emily, dan Ms. Felacia.
Majlis yang turut dihadiri oleh Pihak-Pihak Berkepentingan seperti Perbadanan Taman Negeri, Pihak Polis, dan pihak Majlis Daerah Gerik serta komuniti Orang Asli menambah lagi seri majlis Hari Raya kali ini. Terima kasih semua yang telah menyerikan Sambutan Hari Raya Aidil Fitri BRR 1446H.
コメント