top of page

Menyantuni BRR team members.

Writer: Muhammad Nazmi Bin Mohammad Saad
Muhammad Nazmi Bin Mohammad Saad
3 days ago
2 min read

Tahniah, Ain - Funtastic Yuva - MATTA FAIR recorded the highest Sales. Congrats.!!!


Salam buat semua team member BRR yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan Ogos dan September. Tahniah eWarna ucapkan. Terima kasih jua buat YBhg. Dato' Hjh. Fazwinna Tan Sri Mustapha Kamal, Pengerusi Eksekutif yang kita sayangi, turut meluangkan masa untuk bersama BRR. Dalam gambar kenangan di bawah, kita nampak Puan Norlia dari Dept Housekeeping (HK) yang sukar memberikan senyuman, tetapi bila disantuni, sekelumit senyuman sudah menampakkan seri. Begitu juga dengan team member lainnya, Hafiz (Recreation) dan Miss Yuva (FO), Chef Syuk (Kitchen), orang lama yang kita sayangi, dan yang lain-lain. Tahniah diucapkan buat semua.



Barakallah-Walimatul Urus -

Tahniah buat Nur Ain Adilah binti Azizi dari Dept FO (Front Office) yang telah mengikat janji sebagai teman sehidup sepanjang hayat bersama pasangannya, Mohamad Nazrul Iqbal bin Yusmarizan, pada 2 September yang lalu. eWarna bersama semua team member di Kumpulan EMKAY mengucapkan tahniah dan semoga segala urusan dipermudahkan untuk pasangan mempelai.


Funtastic Yuva



Siapa tak kenal Yuva Kanthasamy. Wajah yang bersih, sentiasa tersenyum setiap kali melayani tetamu di Front Office, itulah Yuva, di antara barisan FO yang setia bersama BRR. eWarna ingin mengucapkan Tahniah kepada Yuva kerana baru-baru ini beliau telah dinobatkan antara pelajar terbaik dan dikurniakan segulung ijazah Bachelor in Tourism Management dari Politeknik Hulu Terengganu. Congrats, Funtastic Yuva !!!



BRR made its presence felt at MATTA FAIR



MATTA Fair was held at MITEC from 4-6 September recently. 3000 visitors attended, and total sales were RM174,000, the highest sales recorded in any MATTA Fair BRR participated. The numbers came from the FIT (Free Independent Travelers). Congrats BRR !!! And thank you to those EMKAYrians who turned up and supported.




1 Comment

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
ajiesam
3 days ago
Rated 5 out of 5 stars.

Congrats YUVA and AIN....

Like
bottom of page