Golden Giggles @ Rumah Ehsan, Kuala Kubu BHaru
Ada kalanya, hadiah paling bermakna bukanlah sesuatu yang boleh dibeli, tetapi masa yang kita luangkan, perhatian yang kita berikan, dan keikhlasan untuk berkongsi senyuman.
Baru-baru ini, Yayasan EMKAY bersama Volunteer EMKAYrian telah berpeluang mengadakan lawatan kasih ke Rumah Ehsan, Kuala Kubu Bharu. Apa yang pada awalnya dirancang sebagai satu program tanggungjawab sosial akhirnya bertukar menjadi satu pengalaman yang cukup bermakna buat semua. Di sebalik wajah-wajah yang sarat pengalaman hidup, kami disambut dengan senyuman yang tulus, cerita-cerita yang menyentuh hati, serta gelak tawa yang menghidupkan suasana.
Sepanjang lawatan, pelbagai aktiviti santai diadakan untuk mengeratkan hubungan dengan para penghuni. Perbualan yang ringkas, gurauan yang spontan, dan detik-detik kebersamaan telah mencipta kenangan yang sukar dilupakan. Tanpa disedari, bukan sahaja kami membawa sedikit keceriaan kepada mereka, malah kami sendiri pulang dengan hati yang lebih penuh rasa syukur, insaf dan menghargai nikmat kehidupan.
Kerana kadangkala, sebuah senyuman yang ikhlas mampu memberi makna yang jauh lebih besar daripada apa jua pemberian.




Terima kasih Volunteer EMKAYrian yg sudi hadir memeriahkan & menyantuni warga emas Rumah Ehsan, semoga bakti kalian "dipandang" dan mendapat "pengiktirafan" dari Dia.. Aamiin..💜
Sungguh nampak EMA menangis...