Genap Dua tahun pemergian Allahyarham Tan Sri Datuk (Dr.) Hj. Mustapha Kamal Hj. Abu Bakar
- W a r n a

- Jul 30, 2024
- 1 min read
25 Julai 2022, telah perginya satu jiwa besar buat negara dan khususnya buat sebuah keluarga besar Kumpulan EMKAY. Satu jiwa yang tiada tolok bandingnya dalam dunia korporat, dan satu-satunya figura seorang "Ayah" dan seorang "Ketua" yang disayangi oleh setiap ahli dalam Kumpulan EMKAY.
Bagi memberkati malam 19 Muharram 1446H, 25 Julai 2024, dan jatuh pada malam Jumaat, satu majlis Doa Selamat dan Tahlil telah di adakan di D'Puncak, Damansara Perdana. Ahli Kumpulan EMKAY yang berkesempatan telah hadir dan sama-sama meramaikan malam tersebut dengan solat berjemaah Maghrib dan Isyak serta membacakan surah Yassin dan Tahlil. Semoga apa yang kita hajatkan dimakbulkan oleh Allah SWT. Semoga dilapangkan dan diterangkan kubur, ditingkatkan darjat arwah-arwah yang telah mendahului kita. Al Fatihah.
--nukilan Lourie Ibrahim, EG GHR.




















Comments