Siapa pernah makan ikan pekasam, digoreng panas, makan dengan cicah kicap dan bawang, berlauk-kan nasi lembik dan panas! Kalau siapa belum pernah makan ikan pekasam, carilah di negeri Perak. Menu ikan pekasam ini dianggap makanan tradisi bagi Orang Perak. Ikan pekasam yang sedap ialah ikan Loma.

Baru-baru ini, Team BRR telah sempat ber-ramah mesra bersama masyarakat Gerik di Dataran Loma sempena acara tahunan menangkap ikan Loma di Gerik. Kesempatan untuk bersama orang Gerik ini telah dimanfaatkan oleh BRR dengan mempromosikan Gerikian Package RM280 sahaja. Sambutan yang mereka perolehi, amat menggalakkan, dan mendapat sambutan tidak putus-putus oleh orang-orang Gerik, kerana ada sebilangan besar daripada mereka, tidak pernah pun berkunjung ke Belum Rainforest Resort. Tahniah dan Syabas Team BRR.
Steady BRR ...