top of page

Salam Awal Muharram 1447H

  • Writer: W a r n a
    W a r n a
  • Jul 11
  • 2 min read
ree

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,


Saya ingin mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan Salam Maal Hijrah 1447H kepada seluruh warga kerja muslim Kumpulan EMKAY yang saya kasihi dan hormati.


Sedikit kisah awal Hijrah yang ingin saya kaitkan iaitu, setiap kali kita menyambut Awal Muharram, kita bukan sahaja memperingati penghijrahan Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah, tetapi juga menyeru diri kita untuk melakukan penghijrahan secara dalaman — dari kelemahan kepada kekuatan, dari norma kebiasaan kepada pembaharuan, dan daripada kejayaan lama kepada pencapaian yang lebih besar.


Hijrah mengajar kita tentang keberanian untuk berubah, kesabaran dalam menghadapi cabaran, dan keyakinan terhadap janji Allah. Dalam konteks organisasi kita, penghijrahan ini bermakna kita bersedia untuk menyesuaikan diri dengan landskap perniagaan yang sentiasa berubah, berani untuk meneroka pendekatan baru, memperkukuh integriti, dan menyemai nilai kerja yang yang lebih diberkati serta berfungsi untuk memberi manfaat kepada semua.


Sebagaimana hijrah telah membawa umat Islam kepada fasa pembinaan dan pengukuhan ummah, saya yakin bahawa dengan semangat “One Team, One Dream, Endless Possibilities”, yang biasa kita canang, kita juga mampu untuk membawa Kumpulan EMKAY ke arah pertumbuhan yang lebih mampan, berdaya saing dan patuh pada nilai-nilai keutamaan (core values).


Selaras dengan tema Maal Hijrah pada tahun ini iaitu “Membangun Ummah Madani” –  iaitu satu aspirasi Negara dalam membina masyarakat berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab. Sejujurnya, aspirasi dan semangat ini telahpun terpahat di dalam budaya kerja kita di Kumpulan EMKAY.  Core Values yang kita jiwai ini mencakupi segalanya.


Enterprising dalam mencetus idea inovatif,• Partnership erat demi impak bersama,• Integrity teguh dalam setiap tindakan,• Care ikhlas menyantuni semua lapisan.


Semoga 1447H kali ini memberikan kita kekuatan di Kumpulan EMKAY untuk terus memberi manfaat — kepada organisasi, komuniti dan negara.


Selamat menyambut Maal Hijrah.


Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

 

Dato’ Hjh Fazwinna Tan Sri Mustapha Kamal

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page