top of page

Perutusan Sambutan Aidil Adha 1446H

  • Writer: W a r n a
    W a r n a
  • Jun 11
  • 2 min read

Daripada Dato’ Hjh Fazwinna Tan Sri Mustapha Kamal Pengerusi Eksekutif, Kumpulan EMKAY




Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Salam Sejahtera,

Dalam keberkatan Hari Raya Aidil Adha yang kita raikan, izinkan saya untuk mengucapkan Salam Aidil Adha kepada seluruh ahli keluarga besar Kumpulan EMKAY dan marilah kita hayati makna Pengorbanan yang terzahir daripada perayaan Aidil Adha ini.


Aidil Adha adalah hari memperingati erti sebenar pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan — bukan sahaja dalam ibadah, tetapi juga dalam setiap amanah yang kita galas di tempat kerja dan kehidupan seharian. Dalam beberapa minggu yang lalu, kita telah bersama-sama menjayakan Majlis Hari Terbuka Aidilfitri serta Majlis Rediscover Mercu Mustapha Kamal, dan Doa Selamat untuk projek Ayu Residences di Bandar Seri Putra. Acara-acara yang telah di adakan ini menjadi simbol dedikasi dan usaha berpasukan kita.

Apa yang lebih bermakna, semua ini digerakkan oleh semangat kerjasama yang luar biasa. Setiap usaha, masa dan tenaga dicurahkan dengan sepenuh jiwa tanpa berkira-kira, seolah-olah menghayati makna qurban itu sendiri.

Allahyarham Tan Sri Mustapha Kamal, our founder pernah menanamkan nilai-nilai ini yang sekali imbas maknanya hanya biasa-biasa tetapi ia tetap kekal menjadi pegangan kita, di mana saya telah menambahnya mengikut kesesuaian dengan suasana kita sekarang :

“We uphold excellence in everything we do, not for recognition, but because it’s who we are — even when no one is watching.”

Inilah lambang pengorbanan dan integriti sebenar — bila kita terus berusaha melakukan yang terbaik walaupun tanpa imbuhan, kerana kita percaya pada nilai dan misi bersama. Semangat ini terpahat dalam wacana Nilai-Nilai Keberadaan kita iaitu, Enterprising, Partnership, Integrity and Care.

Semoga Aidiladha ini terus menyuburkan iman, menyatukan hati, dan menyemarakkan kasih serta semangat pengorbanan dalam keluarga besar Kumpulan EMKAY.  Qurban mengajar kita — bukan tentang apa yang hilang, tetapi tentang apa yang kita patut bersyukur demi cinta Ilahi.

Saya doakan agar seluruh ahli pasukan Kumpulan EMKAY diberi kekuatan, kesihatan, dan keberkatan dalam setiap langkah yang kita ambil bersama.

Selamat Hari Raya Aidiladha.

Ikhlas daripada,

Dato’ Hjh Fazwinna Tan Sri Mustapha Kamal Pengerusi Eksekutif Kumpulan EMKAY

Comments


bottom of page