top of page

Mesej Bulan Ramadhan daripada Pengerusi Eksekutif Kumpulan.

Writer: W a r n aW a r n a


Salam sejahtera dan salam Ramadhan yang penuh barokah.


Bulan Ramadhan yang sedang kita lalui ini laksana penghulu segala bulan. Ia lebih baik dari seribu bulan kerana bulan yang penuh barokah ini menyedarkan kita akan nilai kesabaran, keikhlasan, dan rasa syukur dalam setiap perkara yang kita lakukan, lebih-lebih lagi di dalam bulan yang mulia ini. Dalam kesibukan kita mengimbangi antara tanggungjawab kerja dan ibadah, kita perlu berlaku adil pada MASA. Ya, tentunya masa bekerja di bulan Ramadhan menjadi singkat, kerana kita semua akan bergegas pulang pada jam 4 petang untuk membuat persiapan berbuka puasa. Tetapi apa yang ingin saya sampaikan adalah, berlaku ADIL-lah pada MASA. Kerana, tanggungjawab hakiki di dalam waktu kerja harus dilaksanakan dengan amanah. Bulan puasa tidak bermakna kita harus alpa dan leka, tetapi kita harus lebih cekap untuk menyantuni MASA. Kepada semua team members, sama ada di bahagian PMD, Credit Control dan juga Sales, teruskan momentum anda demi mencapai sasaran yang telah ditetapkan, kerana beberapa projek seperti AYU Residences, TMR Phase 3 dan TheVybe adalah dalam “respective timeline” untuk dibangunkan.


Nilai-Nilai EMKAY: Teras Kejayaan Kita


Untuk makluman anda semua, saya akan terus mengulang-siar prinsip Core Values dalam setiap perutusan saya agar kita semua sebati dan menjiwai elemen yang tersirat daripada setiap abbreviation E.P.I.C. Nilai-nilai Enterprising, Partnership, Integrity, dan Care (EPIC) yang kita jiwai ini perlu terus menjadi panduan. Nilai-nilai ini bukan sekadar slogan, tetapi asas kepada bagaimana kita beroperasi sebagai satu pasukan.


Enterprising – Sentiasa berfikiran terbuka untuk mencari penyelesaian baharu dan inovatif.


Partnership – Mengeratkan lagi hubungan dengan rakan strategik dan pihak berkepentingan.


Integrity – Menjalankan setiap tugas dengan penuh tanggungjawab dan ketelusan.


Care – Menghargai pelanggan dan komuniti serta memastikan kepuasan mereka dalam setiap projek yang kita jalankan.


Memacu Jualan & “Project Delivery”


Masa tidak akan berhenti untuk menunggu kita. Walaupun masa berlalu dengan cepat lebih-lebih lagi di dalam bulan Ramadhan, kita perlu terus memperkukuhkan our presence dengan memanfaatkan media sosial sebagai saluran utama untuk menarik lebih ramai pembeli. Walaupun percentage penjualan melalui social media belum dapat di sahkan keberkesanannya, tapi kesedaran pasaran (market awareness) adalah sesuatu yang perlu kita pertingkatkan. Klik pada link ini: Phase 2 of The Mulia Residences by EMKAY is 64% sold (The Edge).


Maknanya, kita pernah kecapi keberkesanan dalam menggunakan medium social secara tradisional mahupun aliran masa kini. Why do we stop? This is something the rest of the team need to continue and put extra effort in it.


Setiap ahli pasukan harus memainkan peranan dalam memastikan kita dapat mencapai sasaran jualan, terutamanya bagi unit-unit yang telah siap dan sedia untuk diduduki, tetapi belum terjual (Completed Unsold Units - CUU) serta unit The Vybe. Pembangunan TheVybe telah memasuki fasa penting dengan kerja-kerja piling yang sedang berjalan. Ini bermakna pasukan jualan perlu mempercepatkan usaha jualan unit-unit yang masih tersedia, iaitu sejajar dengan strategi pulangan modal (break-even strategy). Jika kita berjaya menjual sepenuhnya, bukan-kah ia lebih baik untuk memastikan kelancaran perancangan masa depan syarikat.


Selain itu, projek yang amat dinantikan, The Ayu Residences, kini sedang dalam proses akhir penyediaan sebelum dihantar untuk kelulusan pihak berkuasa. Kerja-kerja pentadbiran (Admin) perlu berjalan dengan lancar tanpa sebarang kelewatan agar kita dapat merealisasikan pelancaran projek ini dalam tempoh yang telah dirancang. Begitu juga dengan TMR Phase 3. Semuanya telah disusun mengikut garisan masa (timeline) yang telah kita persetujui. Semoga segala urusan ini dipermudahkan.


Kesimpulan: Satu Pasukan, Satu Impian, Peluang Tanpa Had


Saya ingin mengingatkan bahawa setiap kejayaan tidak datang dengan mudah. Kita perlu konsisten dan bekerja sebagai satu pasukan dan terus fokus dalam mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Nilai EPIC yang kita pegang harus diterjemahkan dalam setiap tindakan kita, agar Kumpulan EMKAY terus berkembang dan mencapai kejayaan yang lebih besar.


Semoga Ramadan kali ini memberi keberkatan kepada kita semua, bukan sahaja dalam kehidupan peribadi tetapi juga dalam perjalanan kita bersama. Teruskan usaha, tingkatkan produktiviti, dan pastikan kita menutup suku pertama tahun ini dengan momentum yang positif.


Salam Ramadan


Dato’ Hjh Fazwinna Tan Sri Mustapha Kamal

Pengerusi Eksekutif Kumpulan EMKAY

Bình luận


bottom of page